Introducing The Newly Launched Segway-Ninebot F40 E-Scooter. Free Gift Worth Rm120 For Purchase Before 15 June 2021 Shop Now!
icon-search
icon-search

APAKAH FAKTOR-FAKTOR UNTUK MEMILIH SKUTER ELEKTRIK YANG TERBAIK?

Kedai Skuter Elektric Terkemuka dan Terbesar di Malaysia 

Skuter Elektrik Malaysia | E-Skuter | Kedai Skuter Elektrik



scooter electric


APAKAH FAKTOR-FAKTOR UNTUK MEMILIH SKUTER ELEKTRIK YANG TERBAIK?


New ES Chart 1.pngModel.png





Ketika memilih skuter elektrik, pelanggan biasanya mempunyai banyak pilihan dan agak sukar untuk memilih skuter elektrik yang tepat untuk diri mereka sendiri. 


Kami akan berkongsi lebih lanjut mengenai beberapa faktor yang mungkin boleh anda mempertimbangkan sebelum membuat keputusan bagi skuter elektrik yang paling sesuai dengan anda.


ninebot segway malaysia

 ScooterzMalaysia: Pengedar rasmi dan sah untuk produk Segway-Ninebot di Malaysia


1.) Berat Badan Penunggang:


Secara amnya, kebanyakan skuter elektrik dapat menampung muatan sekitar atau kurang dari 100kg. 


Untuk penunggang yang lebih ringan, semua jenis e-skuter sesuai dan berat badannya tidak akan mempengaruhi prestasi e-skuter. 


Bagi penunggang yang lebih berat, anda harus menggunakan e-skuter yang lebih mantap seperti Segway-Ninebot Max atau Inmotion L9. (Bajet Lingkungan RM3000). Ataupun skuter elektrik yang berkapasiti besar seperti OX atau OXO (Rm4500-7500). Skuter Electrik yang sesuai untuk penunggang berat biasanya mempunyai berat skuter yang lebih tinggi, ianya kerana skuter yang lasak mempunyai bahan yang lebih kuat, dan juga motor, roda dan bateri yang lebih besar.



2.) Jarak perjalanan:

Segway-Ninebot-KickScooter-MAX-Featured-image-672x372.jpg

Gambar: Segway-Ninebot Max E-Skuter


E-skuter yang berbeza mempunyai saiz bateri yang berbeza,juga jumlah jarak perjalanan yang berbeza. Kebanyakan besar skuter elektrik mempunyai jarak lebih daripada 15km. Bagi mereka yang lebih gemar membawa skuter untuk jarak jauh, pertimbangkanlah model Segway-Ninebot Max. Ia mempunyai jarak 65km, dengan bateri penuh, secara teknikal, anda boleh meluncur dari Kuala Lumpur ke KLIA dalam satu perjalanan!


Selain itu, Inmotion L9 adalah salah satu skuter elektrik yang paling dinanti-nantikan, ia boleh menempuh jarak sejauh 95km. Iya Betul, 95Km!


Ia mempunyai kebolehan jarak jauh yang tiada tandingannya, pengecas ‘fast charging’ yang sepantas kilat, dan juga perjalanan yang lancar dan selesa (Dengan Dual Suspension di hadapan dan belakang). Inmotion L9 akan dapat membawa anda untuk melihat seluruh bandar anda dengan satu cas sahaja.


Ia juga mempunyai ulasan yang sangat baik!



d2e4rm8kzphup5xinccf.jpg

g673ttmuegje9aibijtg.jpg

Gambar: Inmotion L9 E-skuter



3.) Berat e-skuter:


Kebanyakan e-skuter mempunyai berat antara 12kg hingga 13kg. Sekiranya faktor paling penting anda ialah berat e-skuter, kami juga mempunyai e-skuter yang ringan,beratnya sekitar 10kg - Segway-Ninebot T15


Tetapi ingatlah juga, prestasi e-skuter biasanya berkadaran dengan berat e-skuter. Saiz motor yang lebih besar, bateri lebih besar dan bingkai e-skuter yang lebih padat semuanya akan menyumbang kepada skuter elektrik yang lebih berat. 


Segway-Ninebot T15 mempunyai muatan maksimum 85kg dan sangat sesuai untuk wanita dan kanak-kanak. Ia memenuhi tujuan khusus untuk membawa ke LRT / MRT / Bas dan paling sesuai digunakan untuk jarak kurang dari 1KM. 


Sebagai alternatif, E22 dan E25A dari Segway-Ninebot atau Inmotion A1F (12 kg dan MYR1288) adalah pilihan yang selamat dan baik.


                 WeChat Image_20200424154452.pngmteunk.jpgmTowingcover.jpg

 Gambar: Segway-Ninebot T15


Model terbaru Segway-Ninebot E22E25A dan Inmotion A1F juga boleh anda mempertimbangkan jika anda memerlukan skuter elektrik yang ringan. Dengan berat masing-masing 12kg, 13kg dan 12kg, ianya boleh dibawa dengan mudah alih dan dibawa masuk ke pengangkutan awam semasa penggunaan harian anda. 


Ia adalah pelancaran baru dari tahun 2021, mempunyai reka bentuk yang ringkas, ringan, dan sangat sesuai untuk orang dewasa dan semua jantina. Ia juga mempunyai reka bentuk yang ringkas dan cantik.


             

2.png



4.) Kegunaan e-skuter:

INOKIM_3_(3)-min.jpg

Gambar: Inokim OXO Electrik Skuter


Sepastinya tidak ada satu e skuter yang sempurna untuk semua faktor atau kegunaan. Oleh itu, eskuter yang berbeza akan dapat memenuhui kegunaan yang berbeza. 

Sekiranya anda adalah jenis penunggang yang lebih suka e-skuter yang sesuai untuk perjalanan panjang dengan kelajuan tinggi, Inokim OXOOX atau KingSong N11 adalah sangat sesuai dengan keperluan anda. Dengan kelajuan tertinggi 45-65kmh dan jarak perjalanan kira-kira 80-90km, anda boleh yakin dengan perjalanan yang mengujakan!


Ingatlah juga, kelajuan yang tinggi bagi sepasang roda sepuluh inci tidak semestinya merupakan idea yang terbaik. Keselamatan juga merupakan faktor yang paling penting ketika mennungang skuter elektrik. Pada pendapat kami, output kuasa motor berkembar 2,000W oleh INOKIM OXO dan dengan kelajuan maksimum 65kmh dan tork yang kuat, ia melebihi apa yang diperlukan.


Ia juga mempunyai suspensi jenis ‘torsion’yang dipatenkan, merupakan suspensi canggih, yang hanya boleh didapati dengan model ox and oxo, oleh pioneer eskuter, jenama Inokim.


Bagi kegunaan ala santai santai sahaja di taman,Segway-Ninebot E22E25AMAX, Inmotion A1F dan L9 adalah mencukupi untuk perjalanan yang selesa. Marilah ride bersama-sama dengan keluarga dan rakan.



5.) Penyelenggaraan:
               

Secara amnya, ia adalah agak mudah untuk membuat maintenance bagi skuter elektrik berbanding dengan mod pengangkutan anda yang lain, penyelenggaraan yang minima masih diperlukan untuk skuter elektronik anda. 


Beberapa bahagian yang memerlukan penyelenggaraan adalah seperti tayar (tayar tiub), brek dan nut/ bolt. E-skuter yang paling mudah untuk dijaga ialah Segway-ninebot E22 di mana e-skuter mempunyai brek motor, dan tayar getah mati yang tebal dan tidak memerlukan banyak penyelenggaraan, tidak seperti tayar tiub, brek drum atau brek cakera yang mungkin haus dari masa ke masa.


Tayar angin tiub mungkin akan mengalami kebocoran dan menukar tiub mungkin agak leceh, kami juga akan membantu anda untuk menukar tiub atau parts jika anda memerlukannya.  Tayar angin tiub dan tiubless mempunyai risiko kebocoran tetapi ia memberikan keselesaan yang terbaik ketika menunggang.


Walau bagaimanapun, versi siri ES dari Segway-Ninebot yang baru dipertingkatkan seperti Segway-Ninebot E25A dan E22 mempunyai reka bentuk ‘dual density’ ataupun tayar mati yang tebal dan lembut untuk mengelakkan masalah tayar bocor.


Segway-ninebot telah mengambil masa tiga tahun untuk mencipta teknologi tayar bebas bocor, yang dapat mencapai keselesaan tayar angin, dan juga bebas dari pamcit. 

xiaomi tyre5.png

Dalam gambar menunjukkan tayar tiub e-skuter, brek drum dan hab roda skuter elektrik.



6.) Harga skuter elektrik:


E-skuter yang reliable dan berjenama global, kebanyakan harganya sekitar RM1,500 ke atas.


Kami hanya menjual e-skuter yang berasal dari jenama dan pengeluar yang 'global, trusted dan reliable'. 


Kami menumpukan banyak fokus pada ciri-ciri keselamatan, skuter dengan ‘defect rate’ yang rendah dan selamat. Kami hanya menjual skuter elektrik yang kami telah cuba/ test sendiri, dan akan menggunakannya sendiri. 


Kami menyarankan untuk memilih jenama yang popular dan sudah lama berada di pasaran.


7.) Kemudahalihan:

segway ninebot e22

Foto: Segway-Ninebot E22


Semua e-skuter boleh dilipat dan mudah dibawa. Ia sangat padat sehingga boleh dimuatkan di dalam bagasi kereta dan hanya mengeluarkannya setiap kali anda memerlukannya. 


Setelah e-skuter dilipat, anda boleh menyeretnya menggunakan roda troli atau roda depan.

 Sekiranya mudah alih adalah keutamaan utama anda, anda mungkin kena mengelakkan skuter yang berat seperti Inokim OX, OXO atau Inmotion L9 dan sebaliknya memilih  Segway-Ninebot E22, atau Segway-Ninebot E25A

Segway-Ninebot T15 disenaraikan sebagai e-skuter yang paling mudah alih di antara pilihan disebabkan saiznya yang kompak.



BONUS - Reka bentuk bateri yang boleh ‘quick swap’:

hx x7 review


HX x7 adalah satu-satunya model yang mempunyai reka bentuk bateri yang boleh ‘quick swap’ dan diambil keluar dengan senang. Ini membolehkan anda menukar bateri dengan mudah semasa kehabisan bateri. Dengan reka bentuk yang boleh dicabut ini, ia menjadikan lebih mudah dan senang ketika anda  mengeluarkan bateri dari e-skuter dan mengecas bateri secara berasingan.


hx x7 in black

 Gambar: Hx x7 E Scooter dengan reka warna hitam




Kunjungi kami dengan janji temu di

  



ScooterzMalaysia.com 

ScooterzMalaysia.com Xperience Centre, Sunway South Quay, Jalan Tasik Selatan, Bandar Sunway, 47500 Subang Jaya, Selangor 

-Google Map-


e scooter malaysia e scooter malaysia e scooter malaysiaCopy of DYU V1 Deluxe Article Page.png


e scooter malaysia e scooter malaysiae scooter malaysia e scooter malaysiadisclaimer



Older post Newer post

Your Cart

Your cart is currently empty.

Continue browsing here.